Rabu, 25 Juli 2012

HIDUP KEKAL



Apakah Anda membuat keputusan untuk menerima Kristus karena apa yang Anda baca di sini?

Pelajaran 1: Memahami Hubungan Anda dengan Yesus Kristus

Dengan ikhlasnya menjemput Yesus memasuki hidup anda adalah suatu tindakan sederhana yang menjadikan hubungan anda dengan Tuhan terjamin. Anda telah memulai suatu perjalanan hidup bersama Tuhan yang maha kasih dan maha kuasa.

Jadi apakah telah berlaku bila anda menjemput Yesus ke dalam hidup anda?

1. Dia mengampunkan dosa anda.

"Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, iaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya." (Efesus 1:7--anda akan mendapat ayat ini dalam kitab Efesus, Perjanjian Baru, fasal 1, ayat 7).

Semua dosa anda--dahulu, sekarang dan akan datang--telah diampunkan kerana kematian Yesus di atas salib.

Adakah apa-apa bezanya mengetahui bahawa semua dosa anda telah diampunkan?

2. Dia menjadikan anda seorang anak Tuhan.

"Tetapi semua orang yang menerima-Nya diber-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya; orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Tuhan" (Yohanes 1:12,13).

Apakah yang anda telah lakukan untuk menjadi seorang anak Tuhan?
(jawapan di bawah)

3. Dia memasuki hidup anda dan tidak akan meninggalkan anda selama-lamanya.

(Yesus berkata) "Dan ketahuilah, Aku menyertai anda sentiasa sampai kepada akhir zaman" (Matius 28:20).

(Yesus berkata) "Semua yang diberikan Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku, dan barangsiapa datang kepada-Ku, dia tidak akan Ku-tolak" (Yohanes 6:37).

a) Adakah sesuatu yang mungkin menyebabkan Yesus meninggalkan anda?

b) Menurut ayat Yohanes 6:37, berapa kali anda harus menerima Yesus?
(jawapan di bawah)

4. Dia memberikan anda hidup baru.

"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, dia adalah ciptaan baru: yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang!" (2 Korintus 5:17).

Anda berpeluang untuk memulakan hidup rohani yang baru. Tuhan akan membina sifat-sifat baru dalam hidup anda ketika anda mengenali-Nya lebih mendalam.

5. Dia memberikan anda hidup kekal.

"Dan inilah kesaksian itu: Tuhan telah memberikan hidup kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki Anak, dia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, dia tidak memiliki hidup. Semuanya itu kutuliskan kepada anda, supaya anda yang percaya pada nama Anak Tuhan tahu bahawa anda memiliki hidup kekal" (1 Yohanes 5:11- 13).

Hidup kekal bermula bagi anda dari saat anda menjadi seorang Kristian. Saat itulah Tuhan menjadi sebahagian daripada hidup anda selama-lamanya. Jika anda meninggal dunia malam ini, anda akan bersama Dia selama-lamanya.

Semua manfaat ini hanya mungkin melalui Yesus Kristus, bukan usaha diri sendiri. Anda menerimanya pada saat anda mempercayai Dia.

a) Yang manakah daripada lima kebenaran ini yang paling bererti bagi anda sekarang?

b) Mengapa?

Mengatasi keraguan

Selepas anda membuat sesuatu keputusan, keraguan biasanya akan muncul. Esok, anda mungkin "merasa" anda bukan seorang Kristian.

Walaupun begitu, anda harus ingat bahawa banyak hal mempengaruhi perasaan anda--kawan, kesihatan, cuaca dan lain-lain lagi. Jangan gunakan emosi, yang mungkin berubah, untuk mengukur hubungan anda dengan Yesus. Sebaliknya, percayailah pada Tuhan dan kebenaran-kebenaran di dalam Alkitab yang tidak berubah.

Cadangan untuk Pertumbuhan Lanjutan

Sepanjang minggu ini, renungkan salah satu daripada lima kebenaran yang anda baca tadi setiap hari. Baca ayat-ayat yang disertai dan mengucap syukur kepada Tuhan untuk setiap kebenaran ini.

Jika anda belum memiliki sebuah Alkitab, anda boleh membeli di kedai buku Kristian. Beritahulah seseorang bahawa anda telah menjalin hubungan dengan Yesus.
Kesimpulan

Kerana anda telah menerima Yesus, hubungan anda dengan Tuhan adalah terjamin. Anda anak-Nya. Dia mengampunkan dosa-dosa anda dan memberikan anda hidup yang baru dan kekal. Dia tidak akan meninggalkan anda selama-lamanya. Bila anda ragu-ragu tentang keputusan anda, bersandarlah pada kebenaran ini dan lain-lain lagi di dalam Alkitab, dan bukan pada perasaan anda.

Apakah akan berlaku bila anda menghadapi kesusahan dan terjatuh ketika anda berusaha untuk menjalani kehidupan Kristian? Jawapannya dalam Pelajaran 2: Mengalami Kasih dan Pengampunan Tuhan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar